Thursday 24 December 2009

Permata Jauhari

Permata Anugerah Dari Yang Esa Tiada BandinganNya...

Friday 4 December 2009

Permata sakinah

Didalam negara kita ini,masalah moral dan akhlak yang melanda umat islam dan bangsa-bangsa lain juga tidak kurang hebatnya.Kegiatan pelacuran yang kian berleluasa baik dihotel-hotel besar mahu pun dirumah-rumah tumpangan amat dibimbangi akan merosakkan masa depan generasi muda kita.Tangkapan demi tangkapan telah acap kali dilakukan oleh pihak berkuasa agama,tetapi nampaknya ia tidak dapat menyedarkan pelaku-pelaku maksiat dari terus bergelumang dengan noda dan dosa.Apa yang menyedihkan lagi,sejak akhir-akhir ini kita seringkali didedahkan aiakhbar-akhbar dan di kaca television mengenai kes-kes tidak bermoral dikalangan masyarakat kita.Jenayah rogol umpamanya,bukan sahaja berlaku dikalangan muda-mudi,tetapi juga melibatkan golongan tua mahu pun remaja,bahkan berlaku juga dikalangan pelajar-pelajar.Inilah yang amat membimbangkan kita semua kerana generasi pelajar ini adalah merupakan generasi warisan yang akan menerajui kepimpinan negara kita suatu masa kelak.
Keruntuhan moral dan akhlak yang berlaku dikalangan umat islam khususnya adalah merupakan sebahagian puncanya daripada agenda jahat musuh-musuh islam yang sengaja ingin menjatuhkan imej masyarakat islam dimata dunia sejak dari dahulu lagi.Sesungguhnya islam mempunyai sejarah yang tersendiri bersama musuh-musuhnya yang tidak pernah leka dan sentiasa berusaha untuk menghancurkan islam dari muka bumi ini.
Firman allah s.w.t didalam surah al-baqarah ayat 120:
"Orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka yang telah terpesong itu".
Inilah penjelasan oleh allah s.w.t yang tidak perlu dipersoalkan akan kebenarannya.Musuh-musuh islam tidak akan merasa tenang selama mana umat islam masih berpegang kepada ajaran yang dibawa oleh nabi muhammad s.a.w.Peperangan salib yang bermula pada tahun 1097 masihi dan berlarutan selama 173 tahun lamanya adalah bukti yang amat nyata betapa musuh-musuh islam sentiasa berusaha untuk menakluki dan menghancurkan umat islam,sekali pun mereka gagal didalam peperangan tersebut.Profesor Doktor Hamka didalam bukunya: "Sejarah Umat Islam" menjelaskan bahawa kebencian terhadap kaum muslimin telah menjadi darah daging pada bangsa eropah sehingga terjadinya pengusiran besar-besara kaum muslimin di sepanyol,pertarungan yang tiada hentinya dengan bangsa turki dan penjajahan yang kejam sehingga berjaya pula menakluki kota suci Baitul Maqdis dari tangan umat islam didalam perang dunia kedua.

Gejala Sosial Masa kini

Gejala Keruntuhan Moral
* Faktor utama nabi Muhammad saw diutuskan ke dunia adalah untuk membetulkan akhlak manusia dan menjadi contoh tauladan yang akhlak yang mulia bagi manusia yang runtuh akhlak atau moral.
* Sepatutnya tak berlaku ke atas umat Islam krn moral adalah digambarkan sbg sebahagian daripada iman dan ibadah.
* Keruntuhan moral berlaku ke atas masyarakat islam ke atas semua golongan miskin atau kaya, usia remaja atau dewasa, pelajar sekolah atau pengajian tinggi, intelek ataupun bukan intelak.
* Keruntuhan moral yang dikenalpasti berlaku ke atas pelajar ialah:
- Vandalisme;
- Merosakan harta benda awam
- Tidak menghormati guru.
- Ponteng kelas
- Membuli
- Merosakkan kemudahan sekolah

* Institusi kekeluargaan juga berlaku gejala tidak sihat spt :
- Remaja membunuh ahli keluarga.
- Sumbang mahram
* Keruntuhan juga melanda institusi sosial atau masyarakat spt:
- Penyalahgunaan dadah, pil-pil khayal
- Kegiatan pelacuran
- Kegiatan pecah rumah
* Kenapa semua ini berlaku ?
* Kemana perginya pertubuhan yang wujud dlm masyarakat?

Thursday 3 December 2009

Permata Untuk Isteri

Permata Untuk Isteri Ku

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku