Friday 4 December 2009

Permata sakinah

Didalam negara kita ini,masalah moral dan akhlak yang melanda umat islam dan bangsa-bangsa lain juga tidak kurang hebatnya.Kegiatan pelacuran yang kian berleluasa baik dihotel-hotel besar mahu pun dirumah-rumah tumpangan amat dibimbangi akan merosakkan masa depan generasi muda kita.Tangkapan demi tangkapan telah acap kali dilakukan oleh pihak berkuasa agama,tetapi nampaknya ia tidak dapat menyedarkan pelaku-pelaku maksiat dari terus bergelumang dengan noda dan dosa.Apa yang menyedihkan lagi,sejak akhir-akhir ini kita seringkali didedahkan aiakhbar-akhbar dan di kaca television mengenai kes-kes tidak bermoral dikalangan masyarakat kita.Jenayah rogol umpamanya,bukan sahaja berlaku dikalangan muda-mudi,tetapi juga melibatkan golongan tua mahu pun remaja,bahkan berlaku juga dikalangan pelajar-pelajar.Inilah yang amat membimbangkan kita semua kerana generasi pelajar ini adalah merupakan generasi warisan yang akan menerajui kepimpinan negara kita suatu masa kelak.
Keruntuhan moral dan akhlak yang berlaku dikalangan umat islam khususnya adalah merupakan sebahagian puncanya daripada agenda jahat musuh-musuh islam yang sengaja ingin menjatuhkan imej masyarakat islam dimata dunia sejak dari dahulu lagi.Sesungguhnya islam mempunyai sejarah yang tersendiri bersama musuh-musuhnya yang tidak pernah leka dan sentiasa berusaha untuk menghancurkan islam dari muka bumi ini.
Firman allah s.w.t didalam surah al-baqarah ayat 120:
"Orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka yang telah terpesong itu".
Inilah penjelasan oleh allah s.w.t yang tidak perlu dipersoalkan akan kebenarannya.Musuh-musuh islam tidak akan merasa tenang selama mana umat islam masih berpegang kepada ajaran yang dibawa oleh nabi muhammad s.a.w.Peperangan salib yang bermula pada tahun 1097 masihi dan berlarutan selama 173 tahun lamanya adalah bukti yang amat nyata betapa musuh-musuh islam sentiasa berusaha untuk menakluki dan menghancurkan umat islam,sekali pun mereka gagal didalam peperangan tersebut.Profesor Doktor Hamka didalam bukunya: "Sejarah Umat Islam" menjelaskan bahawa kebencian terhadap kaum muslimin telah menjadi darah daging pada bangsa eropah sehingga terjadinya pengusiran besar-besara kaum muslimin di sepanyol,pertarungan yang tiada hentinya dengan bangsa turki dan penjajahan yang kejam sehingga berjaya pula menakluki kota suci Baitul Maqdis dari tangan umat islam didalam perang dunia kedua.

No comments:

Post a Comment